spm

spm

Thursday, 7 November 2013

filem pendek bdq's team


Assalamualaikum w.b.t
disini saya mahu berkongsi karya filem pendek yg telah kami hasilkan.. 
kami hasilkan filem pendek adalah utk menzahirkan rasa terima kasih kami kpd semua guru kerna tlah melimpahkan segala ilmu kpd kami.
walaupun mereka terpaksa menghadapi banyak dugaan dlm mengajar kami, mereka tetap berjuang dalam mendidik kami agar menjadi modal insan yg berguna pada 1 hari nanti. aminn~



watak2x yg terdapat dalam filem ini ialah:
Bdq Sempoi: pengetua, Nizam
Bdq Luckiey; pelayan tetamu, Azmi
Bdq Imam: Cikgu Amin
Bdq Hantu: Ramzizi
Bdq Noys: Tabligh
Bdq Khusyuk: Pembuli
Bdq Otai Iranun: Tukang kebun 1
Bdq Slamber: Tukang kebun 2
Dan lain2x~~

Filem ini mengisahkan seorang pelajar yg bernama Nizam. dia dan kawan2x nya suka mengumpat gurunya(Cg.Amin) dan mereka sualak berkelakuan kurang ajar dgn gurunnya itu. namun, pada akhirnya dia  telah sedar akan kesalahannya
manakala kawan2x nya Azmi dan Ramzizi masih bergelombang dlm kejahilan yg mana mereka masih berperangai khilaf
pada akhirnya yg sedar telah berjaya manakala yg masih belum sedar kurang berjaya.....
saksikanlah filem ini di pawagam pada 06 NOVEMBER 2013...
tiket adalah terhad.....

Graduasi SPM Bdq's Team




Assalamualaikum.... ya ahlil ardi ^^
so, apa khabar ? baik ? alhamdulillah~ :)
syukur kita kdp Allah s.w.t kerna limpah dan kurnia-Nya kta masih diberi pluang utk meneruskan khidupan di dunia ini
dan selawat kpd nabi junjungan kita nabi Muhammad s.a.w~

ok, lma dh saya tak buka blog ni .. sbb ada problem technical sikit. hehe ^^
dan ditambah lg dgn peperarangan(SPM) yg sdang berlaku skg ni. jd bz byk la.. tp, dpt juga sisip2x buka blog ni . haha ! ari tu kami ada majlis graduasi. tp, low graduasi lah. bknnya graduasi utk Phd. haha ! yg pting enjoy..

btw, nervous gylak tyme ambil sijil ari tu.. perghH~! 

tp, takpa. last juga kan ? so, uji ja la. haha !

Btw,
terdapat beberapa ahli bdq's team mendapat anugerah cemerlang pada majlis tu



Antaranya~ 

Bdq Imam@Mohd Aminullah: 
-anugerah tokoh pelajar 2013
-tokoh sumur(penampilan diri)

Bdq Khusyuk@Idris: 
-terbaik matapelajaran kimia, PQS, Bahasa Arab,
-tokoh sumur(budi bahasa)

Bdq Fleksibel@Mohd Arif:
-terbaik matapelajaran matematik tambahan
-tokoh sumur(jati diri)

Bdq Ujjie o'a@Sharil:
-no.3 dlm kelas

Bdq kacamata@Mod Faqrul:
-no.1 dlm kelas
-terbaik matapelajaran tenikal kejuruteraan, bahasa melayu

Bdq Pusher@Mohd Azli:
-terbaik matapelajaran Fizik, Lukisan kejuruteraan

Bdq Nakal@Mohd Izarul Helmi:
-terbaik matapelajaran matematik moden
-no.2 dlm kelas

Bdq Luckiey@Mohd Azmi:
-no.3 dlm kelas

Bdq Hantu@Ramzizi Mohd Khadri:
-no.2 dlm kelas

itu sajala yg bole saya beritahu.. kpd yg tidak mendapat apa2x anugerah tu jgn sedih dan kecewa@bunuh diri ah ? insya Allah mana taw kita mendapat yg lebih baik dan cemerlang lg 1 hari nanti. aminn~ ;)
tp, takpa. yg penting ada sdh sijil graduasi(la sangat) pelepasan SPM. haha ! ^^
anyway, bitaufik wannajah@Gudluck kpd semua pelajar SPM !!
semoga mendapat keputusan yg cemerlang ! aminnn ya rabbal alamin~~ 









Friday, 16 August 2013

Situasi menghadapi trial

Assaluamualaikum sahabat2x ku.^^
tak lama lagi dah nak habis cuti raya kan ? hem~ sedihnya =(
tp, jangan macam tu. ada bagusnya sekolah kembali lagi sebab buku pun kembali untuk ditatapkan lagi. hahaha ! (time cuti buku tak ditatap kah ?)
tapi sedih lah. raya tahun ni tak sebest yg dulu2x punya raya. mungkin dah besar kali kan ? nafsu raya tu pun dah kurang n duit raya pun kurang. haha !
n then 1 lg lpas cuti ni kami ada trial.. arrrgHh~!! terpaksa la struggle skit. lagipun untuk masuk matriks bukannya guna markah SPM kan ? itulah mahu score skit dlm trial ni.


hem~ sedihkan ? tambahan lagi masih ada mood raya yg belum hilang2x ni. naa~ bertambah parah lah result nanti ni.
ok. sebenarnya aku maw kongsi sedikit tentang situasi ketika hendak menghadapi trial@ujian

2 minggu sebelum ujian..

2 hari sebelum ujian..


2 jam sebelum ujian..


semasa ujian..


selepas ujian..


hehehe ^^ begitu lah keadaanya.

ok lah. itu ja la yg boleh kongsikan.. so, kpd yg bakal menghadapi ujian selepas cuti ini, jgn jd mcm mr.Bean tu ah ?.
"besusah2x dahulu bersenang2x kemudian" ^^





Pantun-pantun Hari Raya mengikut dialek setiap negeri di Malaysia

Assalamualaikum~
ini ada sedikit karya pantun yg telah dihasilkan mengikut dialek yg ada di setiap negeri tentang hari raya
so, be enjoy ! ^^

Kelantan
make ikke cicoh budu
jange lupo tamboh satar
kelik rayo taksir laju
nanti rayo dale sepita

Terenganu
makang ubi jamang jepong
makang kepok cicah cuke
bulang pose mung bengong
bulang raye mung gile

Pahang
sepadan Pahang ada kasino
nasi dagang ikan patin
jange mu masam muko
raya makan rendang sadin

Johor
cegitu cegini awak suke ekk
awak suke kite tak suke ekk
esok luse hari raye ekk
sama-sama bersuke rie ekk

Melaka
Hawau kau berak merate
kaki bengkak ulau patok
kalu balik naik kerete
jangan pandu kalau ngantok

N.Sembilan
masak lomak cili api
campo dongan daun turi
hari rayo kolumpo sopi
tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/KL
wa cakap lu wa tak tau
tapi wa tipu sama lu
raya jangan buat tak tau
angpau ada bagi gua dulu

Perak
gulei tempoyak ikan mayong
deroyan busok tebok tupei
pandu hemat ingat kampong
ase teman selamat sampei

Kedah
Aloq Staq teketaq-ketaq
lapaq perut makan pau
macam mana tak ketaq
kena paksa bagi angpau

Penang
nasi kandaq kedai mamak
anak mami juai pesemboq
lepaih raya jgn dok triak
kalu ceti mai kot dapoq

Perlis
Padang Besaq kecik aja
tempat siam lalu lalang
hari raya kita berbelanja
jangan sampai menambah utang

Sabah
zaman sekarang zaman moden bah
senang mudah cahari duit bah
hari ini hari raya bah
jangan lupa duit raya bah

Sarawak
Mauk ke pulo nisik bersampan
pasa angus di tepi jeraya
kamek minta maaf berkawan
bermaafan di hari raya



Thursday, 15 August 2013

Contoh Karangan Kejayan dalam Kerjaya: Tan Sri Lim Goh Tong


Tan Sri Lim Goh Tong
assalamulaikum~ hye ! pa khbar ? aku ? Alhamdulillah baik ja ^^
ok la. sini aku maw kongsi sedikit karangan aku tentang seorang yang boleh dijadikan inspirasi iaitu Tan Sri Lim Goh Tong, seorang pengusaha terkemuka.
sebenarnya ini assignment yg telah diberi oleh cikgu. hehe^^
assignment aku ni bertajuk KEJAYAAN DALAM KERJAYA
aku maw minta bantuan kamu untuk tegur kesalahan2x yg terdapat dlm karangan aku ni. klau ada tegur ja ah ? boleh kan ?

  Perkembangan  mutakhir yang sarat dengan isu sejagat seperti ekonomi, politik dan sebagainya mengungkap pelbagai persoalan yang menuntut kepada kekuatan pemikiran dan intelektual serta disusuli dengan tindakan zahiriah dan keberanian dalam menangani cabaran mencapai kejayaan dalam kerjaya seperti slogan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said Kota Belud “tiada halangan hanya cabaran”. Individu kini perlu mempunyai mentaliti yang kritis dan analitikal terhadap perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan dan kehendak kerjaya. Saranan dan tindakan individu haruslah strategik lagi efektif dan berdasarkan penceranaan yang teliti seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong iaitu usahawan peniaga yang namanya masih lagi tersohor di negara ini mahupun di persada dunia dalam kerjayanya iaitu berniaga yang mana beliau telah menyatakan “kadangkala setiap peluang itu datangnya dari menongkah taufan gelora yang membadai segala harapan dan impian”. Disebababkan itulah individu kini tidak seharusnya berfikiran singkat yang hanya duduk diam di atas kerusi malas dan setiap individu tidak harus mempunyai “complacent thingking” yang tidak mahu menerobos ke dalam alam mentalitii yang lebih jitu dan drastic untuk berjaya mahupun menghasilkan kejayaan.


       Di zaman serba canggih dan bermodenisasi ini, terdapat banyak wadah dan alur yang boleh dijadikan inisiatif untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Tetapi, mestilah sejajar dengan usaha yang gigih dan begitu drastik. Hal ini demikian bermaksud untuk menjadi senang dalam hidup, setiap individu tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha sendiri seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Lim Goh Tong yang mana beliau telah mengusahakan perniagaan beliau tanpa berpaut di atas bahu orang lain. Beliau berusaha keras untuk menjayakan pusat pelancongan yang terbesar di Malaysia iaitu Genting Highlands Resort yang telah dibanjiri dengan titik peluh beliau. Beliau ada  menyatakan “hasil yang keras tidak akan berhasil jika tidak diusahakan dengan keras” dan peribahasa melayu juga menunjangi kata-kata beliau “bagaimana acuannya, begitulah kuihnya”. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang.
      Bukan sahaja dengan bekerja  keras seseorang itu boleh berjaya dalam kerjaya yang ceburi, malah dari segi sikap juga termasuk dalam ‘resepi’ untuk menghasilkan kejayaan. Sikap yang perlu ada dalam ‘resepi’ untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya yang diceburi ialah sikap merendah diri dan tidak bongkak dengan harta yang dimiliki. Hal ini kerana, perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong, ”sikap bongkak adalah penghalang seseorang daripada berjaya” serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Justeru, wang yang dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan
membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain jangan dilupa kerana nilai ini menggambarkan sikap secara keseluruhannya. Setiap manusia tidak boleh dibezakan taraf kerana semuanya manusia yang hidup di dunia ini semuanya saling berimansipasi dan duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Tan Sri Lim Goh Tong juga tidak membezakan tarafnya dengan taraf orang lain yang mana beliau ada menyatakan “Ajaran orang tua tentang nilai tradisional Cina, mengajarkan kepada saya untuk bersikap rendah hati, sopan, dan menghormati orang lain. Saya bisa memeluk bahu para tycoon dan pejabat besar, saya juga bisa bergaul akrab dengan pedagang kaki lima dan pekerja kasar.” Justeru, setiap individu perlulah mempunyai sikap merendah diri agar tidak dipandang serong oleh orang lain.
      Selain itu, dalam permulaan memburu sang kejayaan perlulah ada unsur keberanian untuk menanggung risiko. Hal ini demikian kerana, Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti bersedia untuk terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Sesuatu idea yang ada dalam otak adalah sia-sia jika tidak diluahkan untuk dijadikan satu natijah yang memberansangkan seperti pepatah Tan Sri Limm Goh Tong, “Pengalaman mengajarkan kepada saya, bahwa idea sebagus apapun , adalah sia-sia bila tidak dilaksanakan.” Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana seperti peribahasa melayu “kemana
Senyuman beliau :)
tumpahnya kuah kalau tidak kenasi” dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai kerana beliau menyatakan, “hargailah masa walau sedetik pun”. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.
      Tambahan lagi, sifat tidak menggunakan jalan pintas untuk menuju kejayaan perlulah diterapkan dalam diri agar tidak deselubungi kepahitan penyesalan seperti pepatah melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna”. Hal ini kerana, beliau sentiasa berpesan “jangan bermain kotor dalam menuju kejayaan” iaitu sama dengan jangan mengambil jalan pintas jika mahu kerjaya yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah kerana tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam kerjaya yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk merealisasikan kejayaan yang diimpikan. Para pemburu kejayaan harus sentiasa sedar diri dan percaya kepada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripada-Nya. Hendak memulakan ‘pemburuan’ kejayaan bukan suatu perkara yang mudah,  malah diselusuri dengan arus yang kuat dan tahan dalam menghadapi segala ujian.
      Secara holistiknya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya seperti pepatah melayu, “dimana ada kemahuan disitu ada jalan” dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Manusia yang tidak mempunyai cita-cita, adalah orang yang tidak mempunyai  apa-apa seperti pepatah inggeris, “people who have no ambition is like a bird without wings”. Setiap individu boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap kerjaya yang hendak dikerjayakan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Justeru, setiap individu perlulah ada matlamat yang telah dimuktamadkan dan mengetahui hala tuju matlamat untuk mencapai kejayaan seperti kata-kata pujangga, “apabila anda mengetahui hala tuju anda, sebenarnya anda telah mencapai separuh daripada matalamat hidup anda”. 

Monday, 12 August 2013

Ahli2x Bdq's Team


hye ! kita bertemu lg dlm bl0g ni ^^
kamu org maw knal dgn jejaka2x bdqs team ni ? erm... xpyh la bh kn ? xpnting pn. tp, memandangkn rmai lg yg xtw ahli2x yg terdapat dlm team ni, aku trpksa la knal kn.
aku taklah detailkn sgt biodata2x kmi ni. sekadar yg mampu ja la. xpa bh kn ?
klau kmu maw knal dgn lbih mendlm lg tentang kmi, contact la kmi. 
nombor telefon ? alaa~ carilah sendiri kat google. hahaha !


JOM KENALI KAMI!

BDQ UJJIE 0'A @ Sharil Stuh
yg berbaju sekolah nie baik n peramah orangnya. tp, plik nama 'bdq' dia kn ? haha ! maw taw knpa nama 'bdq' dia begitu ? sbb asal ja ditanya apa2x, dia ckp " uji ja' bermaksud 'boleh ja'. hahaha ! dia ni salah seorang pemain muzik nasyid. dia main tamborin. perggh~!! speed gylak tgn dia. aq pn tidak mampu buat mcm dia. haha !


BDQ KACAMATA @ Mohd Faqrul Anuar Awang Udah
matai nu~ lawa bana spek nu. hahaha ! itulah nama 'bdq' dia begitu. dia berkacamata. tp, spek yg sebenarnya dia pkai warna lutsinar. sbb kdg2x dia pndai sharp-blur juga. haha ! dia ni seorang yg kuat main juga. tp, dia genius dlm pelajaran ! kalau besok peperiksaan, malam tu dia main game . haha !tp, result dia gempak juga. perghH~! memang betul2x genius la. haha !


BDQ SIONG @ Datu Mohd Muallim Datu Mokhsan
peewwiitt~!! kirim salam ja la. hahaha ! knpa bdq siong ? sbb dia bersiong. hahaha ! dia seorang berperanan tinggi dlm sekolah kerna dia memegang jawatan sebagai de lord of school student. haha ! dia seorang yg amanah n bertanggungjawab dlm menjalankan tugas. walaupun penampilannya mengerunkan, tapi dalamannya begitu memberansangkan. haha ! pa orang putih kata "dont judge the book by its cover"

BDQ SASAt @ Mohd Takbir Siyakop
yg dia pegang tu kamu rasa2x anak dia kah itu ? mungkin kot. tp, dgn siapa ? hahaha ! dia seorang penyabar dlm menghadapi dugaan hidup. kendatipun, dihimpit ujian dari Allah s.w.t dimana dia telah menjadi yatim piatu ;(, dia tetap dgn pendirian dia sebagai hamba Allah s.w.t. dan walaupun dia selalu dibuli, diejek, dibodek, dicuit, dia tetap sabar n sabar n sbar !. so, contohilah dia :)

From Left: BDQ NOYS @ Mohd Ikram Kudompur
BDQ SLAMBE @ Adzairil Marin
BDQ KHUSYUK @ Idris Nasir
hahaha ! triple cengeng kecuali idris. yg bdq noys tu salah seorang troublemaker juga. tp, dia mempunyai ingatan yg kuat. dia banyak menghafaz ayat2x Al-Quran.
yg tgh tu seorang yg tegas lg mantas. tp, untuk kebaikan juga. dia ni ada kembar. dia adik tp, dia lg tinggi dari abg dia. hahaha ! so. aku panggil dia adik walaupun dia tua dari aku.
yg hujung kiri ni pula seorang begitu mempunyai akhlak yg mantap. pabila becakap, very3x smooth~ sopan santun melantun bertuntun-tunun. hahaha ! dia salah seorang yg disegani ramai kerna selalu mendapat top position dalam semua form5. dan dia juga seorang yg tidak luki dgn senyuman :)


From left: BDQ PUSHER @ Mohd Azli Daud
BDQ SKEMA @ Mohd Syafiq Kamil
diorang memang sahabat karib la. di mana2x tetap bersama. tak kan terpisah walau sedetik pn. haha ! diorang ni salah seorang yg wanted n troublemaker. walau begitu sekali, diorang akan kembali ke pangkal jalan cepat2x(la sgt) sejurus melakukan silap. hahahaha ! yg bdq skema 2 seorang solo nasyid. dia banyak bejasa kpd sekolah disamping banyak melakukan perkara yg kurang berjasa. seimbang la kn ? dia pernah menerima anugerah suara emas. not kilauan emas. haha !
yg bdq tanduk tu genius dlm bidang2x matematik ni. kalau mahu belajar matematik, belajar la dgn c pakar tu. haha ! baru2x ni dia dpt higher mark dlm matematik. tahniah !

BDQ NAKAL @ Nur Izarul Helmi Japlidi
wahh~ smart design baju. masam jomo kina. haha ! dia ni seorang yg setiawan walaupun dilanda arus godaan yg berliku. hahaha ! dia juga seorang yg peramah dgn perempuan. tp, tidak lebih2x ah ? sekadar yg bole dlm syariat ja. 1 lg fakta tentang dia ni, dia punya ketawa.. perghH~!! kalah2x langsuir. haha ! susah dihentikan lg tu. ish3x~

BDQ OTAI IRANUN @ Mohd Aizzat Aizam Awang Japilan
peace tu, alang2x juga. hahaha ! bilang wow gitu ! dgn dia punya nama 'bdq'. otai iranun bah ni. hahaha ! tp, ada betul juga. dia ni salah seorang yg digeruni oleh junior2x yg ada di sekolah tu. sbb, ketegesannya dlm menegakkan agama Allah s.w.t ! walau demikian, dia berhati baik dan ikhlas. hihi^^

BDQ KACAU @ Mohd Asymawi Tioh
pinky nampak ! hahaha ! pinky tak bermakna dia ni dua alam. tak semestinya perempuan ja boleh pakai pakaian pink version. lelaki pn bole maa~ . dia ni seorang yg peramah. n rajin orangnya. dia pakar dlm BM. tulisan dia pn macam tulisan perempuan. clean n smooth~  1 lg fakta tentang dia, dia ada kembar ! seiras lg 2. haha ! muka diorang.. perghH~!! sama betul. yg membezakan tinggi n dagu ja. kalau sekilas pandang, memang 100% sama, hahaha ! tp, diorang tidak 1 sekolah. dulu ja 1 sekolah. dia ni bukanlah seorang pengacau. dia mahu eratkan silahturahim ja tu. haha !

BDQ IMAM @ Mohd Aminnullah Ramlee
 sesuai nama 'bdq' dia dengan bekas jawatan yg pernah dia sandang iaitu pengerusi surau macam abg dia. dia seorang yg bertanggungjawab dengan amanah yg telah diberikan kpd dia n peka orangnya. sekarang dia naik pangkat sikit jadi ketua pengawas asrama. kelebihan yg ada dgn dia ni, dia mempunyai suara yg unik. semua jenis suara dia dpt buat. tp, yg paling unik dia ada suara 'bass'. ketika bercakap seperti biasa pun berunsurkan suara 'bass'. hahaha ! tp, begitula suara macho

BDQ HOSTEL @ Mohd Ashayri Bahari
bukan yg baju purple tu tp yg baju putih n berspectacle tu baru la dia. dia ni seorang yg tegas n ganas. asal ada penjenayah, confirm dia kendalikan. haha ! beres terus oleh dia. tp, dia ni seorang yg berhati lembut bak sutera. malah lebih lg. so, contohilah dia^^

BDQ GILER @ Adzairul Marin
smart pozing~ haha ! dia bukan gila macam nama 'bdq' dia tu ah ? tp, pndai gila2x juga kadang2x. hahaha ! kendatipun begitu, dia seorang yg gentleman. tp terlebih gentleman. haha ! dia ni salah seorang veteran kompang sama dgn adik kembar dia. dari form1 lg diorang ikut kompang sampai lah sekarang.

BDQ CINCAI @ Datu Mohd Kamal Eddy
syok betul tempat dia bergambar tau. hahaha ! ok. dia ni bukan la cincai seperti nama 'bdq' dia tu. dia seorang yg memang teratur. locker dia pn kemas n teratur gylak ! kalah aku punya locker. haha ! dia ni juga seorang yg pendiam. tp, kalau ada perempuan ja. klau semuanya lelaki, perghh~!! dia la yg paling 'ingor'(bising) ! dia jenis yg pemalu betul. begitulah baguskan ? malu benteng orang2x mukmin. tp, mesti bertempat juga. dia ni salah seorang ahli pemuzik nasyid. dia main benda2x yg boleh dijadikan gendang. tp, yg peliknya. asal jumpa barang, dipukul atau digendang mahupun ditendang. hahaha !

BDQ FLEKSIBEL @ Mohd Arif Norgan
tu na yg bersamping biru tu. macho kan ? haha ! bangga la tu. kamu mahu tahu knpa nama 'bdq' dia begitu ? sbb badan dia fleksibel lah. tp, not maknyah ah ! dia pandai split. kamu tak tahu pa tu ? alaa~ yg kangkang2x tu. aik ? bukan yg itu. ini la ini klau otak tu kuning sdh. anu bh kangkang yg dlm taekwando tu. dia lah satu2x nya senior yg mewakili sekolah kami dlm pertandingan taekwando ni. taekwando no.3 sabah bah ! ada brans ? klau stumbuk 1 by 1, jgn harap lah kamu menang. haha !
dia ni juga seorang yg genius dlm peljaran di samping dia genius dlm sukan. rmai2x pelajar gagal, dia ja lulus. perghh~! memang sampin la. hahaha ! tahniah la rip. teruskan perjuangan anda.

BDQ LUCKIEY @ Mohd Azmi Yassin
smart kan nama dia. 1 doa, lucky bermaksud bernasib baik kn ? naa~ asal ja orang sebut nama 'bdq' dia, 1 doa sdh untuk dia. dia ni seorang kuat main juga dan lawak juga orangya. 1 lg fakta tentang dia ni, dia pandai mencairkan awek ! hahaha ! klau kamu mahu belajar cara2x untuk  mencairkan awek ni, kamu belajar la dgn dia. tp, orang tertentu ja yg akan dia ajar. s0, ambilah peluang ini untuk merebut peluang keemasan. hahaha !

BDQ STEADY @ Mohd Zulfadhli Abdul Bakir
sesuai juga nama 'bdq' dia ni dgn dia punya perwatakan. malar ja steady. asal ja ada homework dibagi oleh cikgu, mesti dia bilang "steady la jo". tp, padah la yg dpt. hahahaha ! walapun begitu, dia speed orangnya. berguna ketika dibagi homework iaitu speed menyiapkan homework di saat2x akhir. hahaha ! dia ada, kamu ada ? fakta tentang dia ni, lebih2x dia punya peminat. ramai betul ! boleh dilistkan sdh. tp, aku lg manang la. hahaha ! gurau je~

BDQ SEMPOI @ Abdul Nizam Abdul Gapar
yeah~ its me!. empunya blog ni. tp, tak brmakna yg aku ketua dlm team ni. aku hnya lah setiausaha agung(la sgt) dlm team ni . hihi^^sbnarnya aku pn tidak tahu knpa aku memutuskan untuk memilih menjadi bdq sempoi. tidak sesuai kan aku jadi bdq sempoi ?. sbb aku ni...? erm.. entahlah. siapa2x yg mengenali aku tu, itulah yg tahu. hehe^^
ok itu ja la yg perlu kmu tahu ah ?. umur ? faham2x lah. sdh namanya SPM candidate, mestilah berumur 12 tahun eh ? 17 tahun pula ^^aku hanya la seorang simple yg sempoi seperti kamu juga ;) 

Sunday, 11 August 2013

SPM candidates


ini lah muka2x peserta2x ? eh ? ahli2x bdq's team. haha ! bukan bdq yang sedang steam ah ? tapi, team kepada bdq. siapa yang belajar grammar tu tau lah. hehe ^^
kami punya ahli taklah sehebat yang disangkakan. sekadar ayam2x mati ja. haha ! ahli2x yang ada semuanya handsome2x(la sangat) kan ? ^^
kami buat team ni bukan lah nak buat gangsterisme. tapi, kami buat team ni sekadar untuk memupuk semngat perpaduan antara kami ja. tak lebih  dari itu.
kami harap team yang ada di luar sana jangan lebih2x ah ? haha !
kami tahun ni akan berperang dengen si eSPieM. so, doa2x kan ja kami mendapat straight A ah ?
aminn~ doa jangan tak doa. hehe^^
1st kami mahu minta maaf la jika kami ada buat salah kah, terguris hati kah, terhiris jiwa kah, termaki terhamun kah, terhutang tak dibayar kah,, kami minta maaf sangat2x dari hujung rambut ke hujung ibu jari kaki
maafkan ah ? AWAS kalau tidak maafkan. hahaha ! gurau ja.