spm

spm

web widgets

Thursday 15 August 2013

Contoh Karangan Kejayan dalam Kerjaya: Tan Sri Lim Goh Tong


Tan Sri Lim Goh Tong
assalamulaikum~ hye ! pa khbar ? aku ? Alhamdulillah baik ja ^^
ok la. sini aku maw kongsi sedikit karangan aku tentang seorang yang boleh dijadikan inspirasi iaitu Tan Sri Lim Goh Tong, seorang pengusaha terkemuka.
sebenarnya ini assignment yg telah diberi oleh cikgu. hehe^^
assignment aku ni bertajuk KEJAYAAN DALAM KERJAYA
aku maw minta bantuan kamu untuk tegur kesalahan2x yg terdapat dlm karangan aku ni. klau ada tegur ja ah ? boleh kan ?

  Perkembangan  mutakhir yang sarat dengan isu sejagat seperti ekonomi, politik dan sebagainya mengungkap pelbagai persoalan yang menuntut kepada kekuatan pemikiran dan intelektual serta disusuli dengan tindakan zahiriah dan keberanian dalam menangani cabaran mencapai kejayaan dalam kerjaya seperti slogan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said Kota Belud “tiada halangan hanya cabaran”. Individu kini perlu mempunyai mentaliti yang kritis dan analitikal terhadap perkembangan semasa bagi memenuhi keperluan dan kehendak kerjaya. Saranan dan tindakan individu haruslah strategik lagi efektif dan berdasarkan penceranaan yang teliti seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong iaitu usahawan peniaga yang namanya masih lagi tersohor di negara ini mahupun di persada dunia dalam kerjayanya iaitu berniaga yang mana beliau telah menyatakan “kadangkala setiap peluang itu datangnya dari menongkah taufan gelora yang membadai segala harapan dan impian”. Disebababkan itulah individu kini tidak seharusnya berfikiran singkat yang hanya duduk diam di atas kerusi malas dan setiap individu tidak harus mempunyai “complacent thingking” yang tidak mahu menerobos ke dalam alam mentalitii yang lebih jitu dan drastic untuk berjaya mahupun menghasilkan kejayaan.


       Di zaman serba canggih dan bermodenisasi ini, terdapat banyak wadah dan alur yang boleh dijadikan inisiatif untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Tetapi, mestilah sejajar dengan usaha yang gigih dan begitu drastik. Hal ini demikian bermaksud untuk menjadi senang dalam hidup, setiap individu tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha sendiri seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Lim Goh Tong yang mana beliau telah mengusahakan perniagaan beliau tanpa berpaut di atas bahu orang lain. Beliau berusaha keras untuk menjayakan pusat pelancongan yang terbesar di Malaysia iaitu Genting Highlands Resort yang telah dibanjiri dengan titik peluh beliau. Beliau ada  menyatakan “hasil yang keras tidak akan berhasil jika tidak diusahakan dengan keras” dan peribahasa melayu juga menunjangi kata-kata beliau “bagaimana acuannya, begitulah kuihnya”. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang.
      Bukan sahaja dengan bekerja  keras seseorang itu boleh berjaya dalam kerjaya yang ceburi, malah dari segi sikap juga termasuk dalam ‘resepi’ untuk menghasilkan kejayaan. Sikap yang perlu ada dalam ‘resepi’ untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya yang diceburi ialah sikap merendah diri dan tidak bongkak dengan harta yang dimiliki. Hal ini kerana, perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong, ”sikap bongkak adalah penghalang seseorang daripada berjaya” serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Justeru, wang yang dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan
membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain jangan dilupa kerana nilai ini menggambarkan sikap secara keseluruhannya. Setiap manusia tidak boleh dibezakan taraf kerana semuanya manusia yang hidup di dunia ini semuanya saling berimansipasi dan duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Tan Sri Lim Goh Tong juga tidak membezakan tarafnya dengan taraf orang lain yang mana beliau ada menyatakan “Ajaran orang tua tentang nilai tradisional Cina, mengajarkan kepada saya untuk bersikap rendah hati, sopan, dan menghormati orang lain. Saya bisa memeluk bahu para tycoon dan pejabat besar, saya juga bisa bergaul akrab dengan pedagang kaki lima dan pekerja kasar.” Justeru, setiap individu perlulah mempunyai sikap merendah diri agar tidak dipandang serong oleh orang lain.
      Selain itu, dalam permulaan memburu sang kejayaan perlulah ada unsur keberanian untuk menanggung risiko. Hal ini demikian kerana, Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti bersedia untuk terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Sesuatu idea yang ada dalam otak adalah sia-sia jika tidak diluahkan untuk dijadikan satu natijah yang memberansangkan seperti pepatah Tan Sri Limm Goh Tong, “Pengalaman mengajarkan kepada saya, bahwa idea sebagus apapun , adalah sia-sia bila tidak dilaksanakan.” Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana seperti peribahasa melayu “kemana
Senyuman beliau :)
tumpahnya kuah kalau tidak kenasi” dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai kerana beliau menyatakan, “hargailah masa walau sedetik pun”. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.
      Tambahan lagi, sifat tidak menggunakan jalan pintas untuk menuju kejayaan perlulah diterapkan dalam diri agar tidak deselubungi kepahitan penyesalan seperti pepatah melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna”. Hal ini kerana, beliau sentiasa berpesan “jangan bermain kotor dalam menuju kejayaan” iaitu sama dengan jangan mengambil jalan pintas jika mahu kerjaya yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah kerana tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam kerjaya yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk merealisasikan kejayaan yang diimpikan. Para pemburu kejayaan harus sentiasa sedar diri dan percaya kepada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripada-Nya. Hendak memulakan ‘pemburuan’ kejayaan bukan suatu perkara yang mudah,  malah diselusuri dengan arus yang kuat dan tahan dalam menghadapi segala ujian.
      Secara holistiknya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya seperti pepatah melayu, “dimana ada kemahuan disitu ada jalan” dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Manusia yang tidak mempunyai cita-cita, adalah orang yang tidak mempunyai  apa-apa seperti pepatah inggeris, “people who have no ambition is like a bird without wings”. Setiap individu boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap kerjaya yang hendak dikerjayakan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Justeru, setiap individu perlulah ada matlamat yang telah dimuktamadkan dan mengetahui hala tuju matlamat untuk mencapai kejayaan seperti kata-kata pujangga, “apabila anda mengetahui hala tuju anda, sebenarnya anda telah mencapai separuh daripada matalamat hidup anda”. 

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sebuah karangan yang padat dan penuh dengan ungkapan yang menarik. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kesalahan ejaan yang saya pasti penulis dapat mengelaknya daripada berulang lagi. Secara keseluruhannya amat baik dan sungguh membantu dalam kerja rumah saya. Terima kasih dan selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  3. thank you so much. It does help me :)

    ReplyDelete
  4. Stailo ahh..
    Gempak sia

    ReplyDelete
  5. karangn ni mmg admin buat sendiri ke atau ambil drpd contoh2 yg lain?

    ReplyDelete